25 Jun 2010
Hari Jumaat.
“Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat
mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti
berikut:
Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
Ia mempunyai
kemuliaan yang agung disisi Allah.
Pada hari jumaat jugalah
penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
Pada hari
jumaat akan berlaku kiamat.
Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi
Adam a.s.
Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat
diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan
pada hari-hari lain.
Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam
seminggu.
Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
Allah
S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus
ribu) orang dari seksaan api neraka.
Sesiapa yang mati pada hari
jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala
seperti pahala orang yang mati syahid.
Sesiapa yang mati pada hari
jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.